HASIL KAJIAN
Kami dikehendaki menjalankan satu
kajian mengenai faktor-faktor perkembangan Islam di zaman kesultanan melayu
Melaka.Kami telah memilih tajuk tugasan ini dan memperoleh beberapa pengajaran
dan pengetahuan yang lebih mendalam. Antara hasil kajian yang kami lakukan,
kami memperolehi latar belakang Melaka, berapa lama Kesultanan Melayu Melaka
bertahan, cara bagaimana ianya berkembang dan seumpamanya.
PENGENALAN ISLAM SECARA ASAS DI TANAH MELAYU
Islam adalah agama universal yang
datang dari Allah SWT untuk semua manusia.Ia memberi sinar kepada manusia dalam
mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di
samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sianr islam turut dirasai oleh
penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha
ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari ini kerana tugas
penyebaran Islam dipertanggungjawabkankepada setiap umat Islam, tanpa mengira
bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan.Justeru itu, kini umat Islam berada
di serata dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit.
Keberadaan Islam di rantau Alam
Melayu yang terdiri dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah
berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu.Alam Melayu
berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan
Islam ke rantau ini.Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan
dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan
undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya
serta sosial.Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman
agama Islam yang berteras tauhid.Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan
pencapaian dan kepintaran zaman tersebut yang banyak bergantung kepada bahan
alam yang tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya. Masyarakat Melayu
tetap bergerak aktif dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia
lain seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri
bangsa yang disegani dan menjadi contoh teladan.
PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka telah
diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar
tahun 1400.Apabila Parameswara telah Berjaya membentuk Melaka baginda telah
menyusun strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka
Bandar pelabuhan, hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan.
Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka
bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan
orang Asli. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara
memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar
Syah.Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan
Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan
Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah
Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Shah.
MELAKA SEBAGAI
SEBUAH KERAJAAN AGUNG
Kerajaan Melaka menjadi terkenal di
seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi
pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan, dan undang-undang.Hampir
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dikatakan sebagai empayar Melaka.Selain
itu, Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia kerana mempunyai kedudukan
yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan
Barat.
Perdagangan yang pesat juga turut
menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya menjadi pusat
penyebaran agama Islam.Ianya juga menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana
Islam diisytharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta
rakyatnya.Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan
kerana mendapat galakan daripada pihak istana.Istana Melaka berperanan sebagai
pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusateraan.
PERKEMBANGAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka dapat
dilihat sejak bermulanya pemerintahan Parameswara sekitar 1400 sehingga
kemangkatannya. Namun begitu, berdasarkan pendapat sejarawan telah menyatakan
bahawa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya berlaku ketika
pemerintahan Sultan Mansur Syah(1959-1477). Terdapat tiga faktor utama yang
mempengaruhi perkembangan Kesultanan Melayu Melaka seperti:
·
KEBIJAKSANAAN SULTAN PEMERINTAH MELAKA
Kebijaksanaan Sultan
Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara yang telah membentuk
sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar yang bertanggungjawab
terhadap hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara yang menjalankan perintah
raja dan melantik biduanda kecil. Kemudian untuk melicinkan urusan negara
Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar
Berempat, Pembesar Berlapan,Pembesar Enam Belas, Pembesar Tiga Puluh Dua yang
menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur. Mereka diberi kuasa mentadbir
wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai ‘kawasan pegangqan’.Selain
itu, mereka diberi amanah untuk memungut cukai. Dengan cara ini mereka
memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan. Kesannya apabila
pentadbiran berjalan dengan baik Melaka menjadi sebuah Negara yang aman,
mempunyai penduduk yang bersatu padu, kuat dan agak sukar untuk pihak musuh
menguasai Melaka.Kesultanan Melayu Melaka bijak menyelesaikan perbalahan antara
rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan negeri.Sultan juga mempunyai tokoh
pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak.Bendahara Tun Perak Berjaya
mengalahkan serangan Siam serta bijak membantu dan menasihati sultan menjadikan
Melaka kuat dan dapat meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.
·
MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
Apabila pentadbiran Melaka
berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang strategik di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.Ia terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya ditambah pulamempunyai sumber hasil Negara seperti hasil pertanian
dan hasil hutan yang banyak . Hal ini menyebabkan, Sultan dan pembesar
menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan
dan terus berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang yang
singgah hanya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai
pusat pengumpulan dan pertukaran barang dagangan. Pada masa ini, Syahbandar dilantik
sebagai menguruskan hal ehwal perdagangan
seperti system cukai dan surat kebenaran berniaga yang menjana ekonomi
Melaka. Penggunaan mata wang yang diperkenalkan menjadi mudah dan berkembang
maju.Melaka juga akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang
terkenal atas perancangan teliti oelh Kesultanan Melayu Melaka.
·
MELAKA MENJADI PUSAT ILMU PENGETAHUAN
Islam mula
berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari
Makkah. Setelah Parameswara memeluk islam, Islam berkembang dengan giatnya.
Pedagang Islam dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam perkembangan
Islam sambil berdagang.Ada juga juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka
akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam serantau .Institusi keagamaan seperti masjid, surau, madrasah-madrasah
dan sekolah pondok mula ditubuhkan. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana
dijadikan sebagai pusat intelektual dimana disitulah berkumpulnya golongan
cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Pengenalan sistem
tulisan jawi juga turut membantu pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil
penulisan dilakukan termasuk dua buah buku undang-undang Melaka iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut
dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran seperti Hikayat Amir
Hamzah, Hikayat Bulan Belah dan Hikayat Nabi Bercukur.
Kejayaan Melaka dalam
bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan
berkembang.Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang
berpengetahuan tinggi.Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan
maka ramai cendikiawan datang ke Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat
rujukan dan keilmuan.
ISLAM DI MELAKA
Islam telah mula bertapak
di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putra
kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang perama memeluk Islam. Pada
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan
sebagai agama rasmi.Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah:
Ø Peranan Pedagang dari Sumatera
- Pulau Sumatera
telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam
Ø Peranan Pedagang dari Arab dan India
- Di samping berdagang di Melaka, mereka turut
menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin,
islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz
dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
Ada juga berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islaqm
berkembang subur di Melaka.
Ø Peranan Sultan
- apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut
mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
Ø Peranan Ulama
- Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut
mambawa ulama bersama mereka.Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka
dan mengajar di surau dan madrasah.
Ø Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi
semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk
menganut agama Islam.
MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
v Melaka menjadi pusat penyabaran dan pengajian Islam serta tempat
pertemuan ulama dan pendakwah
v Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar
pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
v Masjid, madrasah dan surau diwijudkan untuk mempelajari agama dan
membaca al-quran.
v Melaka menjadi menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal
ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
v Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan
kitab agama Islam.
v Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah.
v Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah iaitu
berbincang bersama pembesar dalamurusan pentadbiran
KESIMPULAN
Kesimpulannya kejayaan
sesebuah Negara sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya terletak di bahu pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka Negara atau
rakyatnya menjadi kuat.Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah
sesebuah Negara.Oleh itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa,
beragama, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam
sesebuah Negara untuk memimpin Negara ke arah kemajuan dan kemakmuran yang
lebih kondusif.
RUJUKAN
-
Kursus DUB 1012 Pengajian
Malaysia
(jabatan pengajian politeknik kementerian pendidikan
Malaysia)
- https://www.google.com.my/search?q=peta+melaka+zaman+kesultanan+melayu+melaka&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=IvzmVJnIJYbhuQTJuIKYAQ&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1440&bih=766
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
NUR MAHZUZ BINTI MOHD YUNIS (25DSK14F2027)
AUDRA BINTI MOHAMED TAUFIK (25DSK14F2039)
FAREEZA HANI BINTI MOHD AZDI (25DSK14F2043)
NURUL SHAHIRAH BINTI SALAHUDIN (25DSK14F2052)
NUR MAHZUZ BINTI MOHD YUNIS (25DSK14F2027)
AUDRA BINTI MOHAMED TAUFIK (25DSK14F2039)
FAREEZA HANI BINTI MOHD AZDI (25DSK14F2043)
NURUL SHAHIRAH BINTI SALAHUDIN (25DSK14F2052)