Friday 20 February 2015

FAKTOR- FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



HASIL KAJIAN

Kami dikehendaki menjalankan satu kajian mengenai faktor-faktor perkembangan Islam di zaman kesultanan melayu Melaka.Kami telah memilih tajuk tugasan ini dan memperoleh beberapa pengajaran dan pengetahuan yang lebih mendalam. Antara hasil kajian yang kami lakukan, kami memperolehi latar belakang Melaka, berapa lama Kesultanan Melayu Melaka bertahan, cara bagaimana ianya berkembang dan seumpamanya.


PENGENALAN ISLAM SECARA ASAS DI TANAH MELAYU

Islam adalah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia.Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sianr islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari ini kerana tugas penyebaran Islam dipertanggungjawabkankepada setiap umat Islam, tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan.Justeru itu, kini umat Islam berada di serata dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit.
Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang terdiri dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu.Alam Melayu berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan Islam ke rantau ini.Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya serta sosial.Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman agama Islam yang berteras tauhid.Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian dan kepintaran zaman tersebut yang banyak bergantung kepada bahan alam yang tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya. Masyarakat Melayu tetap bergerak aktif dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri bangsa yang disegani dan menjadi contoh teladan.

PENGENALAN

Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400.Apabila Parameswara telah Berjaya membentuk Melaka baginda telah menyusun strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka Bandar pelabuhan, hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

Kerajaan Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan, dan undang-undang.Hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dikatakan sebagai empayar Melaka.Selain itu, Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia kerana mempunyai kedudukan yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat.
Perdagangan yang pesat juga turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya menjadi pusat penyebaran agama Islam.Ianya juga menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana.Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusateraan.



 PERKEMBANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat sejak bermulanya pemerintahan Parameswara sekitar 1400 sehingga kemangkatannya. Namun begitu, berdasarkan pendapat sejarawan telah menyatakan bahawa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya berlaku ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah(1959-1477). Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi perkembangan Kesultanan Melayu Melaka seperti:

·         KEBIJAKSANAAN SULTAN PEMERINTAH MELAKA
Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil. Kemudian untuk melicinkan urusan negara Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan,Pembesar Enam Belas, Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur. Mereka diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai ‘kawasan pegangqan’.Selain itu, mereka diberi amanah untuk memungut cukai. Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan. Kesannya apabila pentadbiran berjalan dengan baik Melaka menjadi sebuah Negara yang aman, mempunyai penduduk yang bersatu padu, kuat dan agak sukar untuk pihak musuh menguasai Melaka.Kesultanan Melayu Melaka bijak menyelesaikan perbalahan antara rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan negeri.Sultan juga mempunyai tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak.Bendahara Tun Perak Berjaya mengalahkan serangan Siam serta bijak membantu dan menasihati sultan menjadikan Melaka kuat dan dapat meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.
 
·         MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
Apabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.Ia  terlindung daripada tiupan angin  monsun Barat Daya ditambah pulamempunyai  sumber hasil Negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan yang banyak . Hal ini menyebabkan, Sultan dan pembesar menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan  dan terus berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang yang singgah hanya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barang dagangan. Pada masa ini, Syahbandar dilantik sebagai menguruskan hal ehwal perdagangan  seperti system cukai dan surat kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka. Penggunaan mata wang yang diperkenalkan menjadi mudah dan berkembang maju.Melaka juga akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal atas perancangan teliti oelh Kesultanan Melayu Melaka.



·         MELAKA MENJADI PUSAT ILMU PENGETAHUAN
Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah. Setelah Parameswara memeluk islam, Islam berkembang dengan giatnya. Pedagang Islam dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam perkembangan Islam sambil berdagang.Ada juga juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam serantau .Institusi  keagamaan seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan sekolah pondok mula ditubuhkan. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai pusat intelektual dimana disitulah berkumpulnya golongan cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Pengenalan sistem tulisan jawi juga turut membantu pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua buah buku undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Bulan Belah dan Hikayat Nabi Bercukur.
Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan berkembang.Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang berpengetahuan tinggi.Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan.


ISLAM DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putra kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang perama memeluk Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah:


Ø  Peranan Pedagang dari Sumatera
- Pulau  Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam

Ø  Peranan Pedagang dari Arab dan India
- Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islaqm berkembang subur di Melaka.

Ø  Peranan Sultan
- apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.

Ø  Peranan Ulama
- Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut mambawa ulama bersama mereka.Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.

Ø  Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam.


 














MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

v  Melaka menjadi pusat penyabaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah
v  Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
v  Masjid, madrasah dan surau diwijudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-quran.
v  Melaka menjadi menjadi pusat pengajian  ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
v  Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
v  Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
v  Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah iaitu berbincang bersama pembesar dalamurusan pentadbiran

KESIMPULAN
Kesimpulannya kejayaan sesebuah Negara sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya terletak di bahu pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka Negara atau rakyatnya menjadi kuat.Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah Negara.Oleh itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa, beragama, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah Negara untuk memimpin Negara ke arah kemajuan dan kemakmuran yang lebih kondusif.

RUJUKAN
-          Kursus DUB 1012 Pengajian Malaysia
(jabatan pengajian politeknik kementerian pendidikan Malaysia)
-          https://www.google.com.my/search?q=peta+melaka+zaman+kesultanan+melayu+melaka&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=IvzmVJnIJYbhuQTJuIKYAQ&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1440&bih=766
-       http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka




NUR MAHZUZ BINTI MOHD YUNIS (25DSK14F2027)
AUDRA BINTI MOHAMED TAUFIK (25DSK14F2039)
FAREEZA HANI BINTI MOHD AZDI (25DSK14F2043)
NURUL SHAHIRAH BINTI SALAHUDIN (25DSK14F2052)